Friday 24 January 2014

Najwa Latif Belum Boleh Terima Lagu Komposer Lain




Seawal mula dikenali menerusi lagu taruhannya Cinta Muka Buku dua tahun lalu, bintang Youtube sensasi Najwa Latiff tidak menoleh ke belakang sebaliknya terus laju mengukuhkan namanya. Lantas gadis berusia 18 tahun ini sekarang disebut sebagai antara penyanyi wanita pilihan masa kini.

Impresif, lepas satu-satu lagu hasil ciptaannya berkolaborasi bersama kakaknya Iqa Latif, menjadi siulan muda mudi. Antaranya Carta Hati, Kosong, Ku Adamu dan yang terkini I Love You. Meskipun lirik-lirik yang dihasilkan biasa-biasa saja serta melodi-melodi pada lagunya hampir sama, namun ia tetap mudah diterima ramai pendengar.  

Dek kerana itu juga Najwa memberitahu dia selesa menyanyikan lagu sendiri dan belum yakin untuk menyanyikan lagu-lagu ciptaan komposer lain. 

"Bukan tidak ada komposer yang mahu berikan lagu mereka pada saya, ada. Tapi lagu mereka tak sesuai dengan suara saya dan ada yang tak sesuai dengan usia saya. Ada juga lagu yang not-nya saya tak sampai. Buat masa sekarang saya selesa berkerjasama dengan kakak saya saja.

"Ada juga bebrapa penyanyi yang minta saya buatkan lagu untuk mereka. Tapi buat amasa ini saya belum yakin lagi untuk berikan lagu saya sebab saya rasa banyak lagi yang perlu saya perbaiki dalam penulisan lagu dan juga saya mahu tingkatkan skil bermain gitar", akuinya ketika ditemui pada sidang media program Sokongan Selebriti Reben Merah baru-baru ini. 

Pemilik nama sebenar Imratul Najwa Abdul Latif ini terpilih sebagai salah seorang daripada 15 Selebriti yang menjayakan program anjuran Pertubuhan AIDS Malaysia (MCA). Dia dipertanggungjawab menyampaikan mesej kesedaran kepada umum khususnya dikalangan remaja tentang penyakit HIV juga membuang stigma atau tanggapan negatif terhadap pesakit-pesakit HIV. 

Antara selebriti lain seperti Aaron Aziz, Aanantha, Bob Yusof, Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Joey G, Owen Yap, Dato' Siti Nurhaliza, Shah Shamsiri, Uthaya, Winnie K serta termasuklah dua lagi selebriti yang baru dipilih iaitu Hafiz Hamidun pelawak Dee........................................

No comments:

Post a Comment